Tuesday, July 12, 2011

mengandung dan melahirkan (1)


Kali ni nak cerita pengalaman mengandung dan melahirkan anak-anak. Kita mula dgn Abg Pi dulu ye...

Saya mula mengandungkan Muhammad Sofi pada bulan kedua perkahwinan... due date saya 04.08.2007

mengandungkan abg Pi mmg mudah, tak sakit, takde alahan, tak sakit badan...happy je. Cuma tanak makan nasi, asyik makan kuih, mi,mihun, roti naan, roti canai, etc.

Masa mengandung, dlm 30minggu klu tak silap, saya ada masuk hospital kejap, satu malam je, sebab Abg Pi kurang gerak. Bila kat hospital elok pulak gerak2... jadi esoknya saya pun balik ke rumah.

Bila 37minggu pulak, ada check up macam biasa, tapi saya tak sihat masa tu dah berapa hari demam2 n batuk, jumpa doktor saya bagitau saya nak ubat, tak tahan dah berapa lama selsema n batuk, doktor kata tengok keputusan scan, kalau ok, boleh la ambik ubat...scan punya scan, abg Pi songsang rupanya, patut la rusuk sakit, takleh duduk tegak, dia ada kat situ rupanya...

Saya terus dapat surat rujukan kena pergi jumpa pakar hari esoknya. Saya dan Papa Sofi diberi 3 pilihan utk kelahiran anak songsang; lahir biasa, melalui pembedahan atau doktor akan cuba pusingkan baby. Tapi doktor bagi tau, memusingkan bayi tidak digalakkan sebab ada risiko baby terbelit tali pusat semasa proses berlangsung. Jalan paling selamat dan mengikut garispanduan WHO, melahirkan secara pembedahan...

Kalau boleh masa tu doktor nak suruh operate secepat mungkin sebab saya dah masuk 38 minggu dan mungkin akan bersalin bil-bila masa sahaja..tapi tak ada tarikh yang sesuai dan saya pulak ada kerja yang perlu dibereskan sebelum bersalin( mesti dr tu fikir mengada-ngada betul budak ni!). Masa tu saya dan Papa Sofi pilih tarikh 30.03.2007 utk pembedahan (pembedahan elektif). Kalau ikutkan nak 31.03.2007 sebab 31hb tu jatuh pada 12 Rabiulawal; hari lahir Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W tapi tak boleh sebab pembedahan elektif hanya dilakukan dari Isnin hingga Jumaat sahaja melainkan pembedahan kecemasan.

Jadi, 29.03.2007 saya dah masuk hospital. siaplah dengan drip pelbagai... pukul 4.00 petang doktor datang round tgk tak ada rekod scan dlm fail jd dia minta scan semula..masa scan tu doktor bagitau bb dah pusing ke bawah...wah! syoknya tak payah operate. saya pun balik lah ke rumah, wan yang ada kat rumah seronok sangat tgk cucu dia ni tak jadi kena belah.

Tapi, seminggu lepas tu; ingat lagi hari jumaat, saya bangun pagi ada air meleleh kat kaki, pastu rasa macam kencing meleleh dari*tuut* tapi takde rasa nak kencing pun, dalam hati terfikir, air ketuban kot, tanya dengan wan, betul lah tu; katanya.

Lepas mandi, saya terfikir, buat kerja rumah dulu la, takde rasa sakit pun (memang takde rasa sakit langsung!). Jadi, sempat la sapu2 rumah, tukar tanah dalam pasu, ets. konon2 kalau banyak buat kerja nanti dia sakit lagi senang keluar...macamana boleh terfikir entah! masa ni mak tak tau lagi

Pukul 6 petang, bila mak balik rumah dari kerja baru saya bagi tau mak. dia tanya; ada keluar show tak? apa tu...alaa yang lendir2 tu..(emakku misi ek, jadi dia rilex je). Takde pun, takpe pakai pad dulu...eh, cer tanya Maktam (maktam= makcikku yang kerja di labour room) confirm dia suruh pakai pad dulu...

Pukul 10 malam maktam ku telefon, tanya...ada keluar lagi tak? Takde dah, jawab saya. lepas tu saya terus masuk tido. Masa ni dah bagitau Papa Sofi, tapi dia kata tak dapat balik dulu sebab ada kerja urgent. Nanti klu kena tahan ward baru dia balik.

Bangun pagi esoknya, ada lagi yang meleleh... bagitau dengan mak, masa ni mak serius sikit..takpe lepas breakfast kita pegi hospital. Ada la pulak si kecik menyampuk;
"dah, sape nak hantar adik tusyen..?" adik bongsu ku yg form 5, nak ambik SPM masa tu
"kalau camtu, kita pergi lepas adik balik tusyen lah. mak antar adik, tapi dah abis tusyen nanti terus keluar, jangan nak borak2!"

Jadinya, adikku habis tusyen dalam 10.30 pagi, terus pergi hospital, masuk screening room, dengan emakku lah...masa dr. check, betul, air ketuban yang bocor

Sebab dah bocor lebih 24jam, maka kenalah dimasukkan antibiotik klu tak silap ada 3 jenis dan terus di induce. Masa tu dah pukul 11 pagi. Bila nak masuk labour room, dah tak boleh makan lagi...jadi mak suruh saya makan sikit n minum air milo. masa ni dah tepon Papa Sofi. dia pun bergegas balik ke seremban

Tak lama lepas masuk labour room, dr. datang utk pecahkan air ketuban. Rasa cam terkencing atas katil! Tapi betullah orang kata 'penantian satu penyeksaan'. masa kat labour room saya boleh nampak white board tempat progress ibu-ibu lain. Lepas beberapa lama, Papa Sofi tanya
"Yang, kenapa orang lain punya makin naik, tapi sayang punya 2cm je..?" "entah, nanti dia naik la kot!" Jawab ku selamba

Pukul 8++ malam, mak terjumpa sorang dr. pakar kat luar labour room, dia advise klu dah lama sangat baik operate je, takut baby lemas atau apa2 jadi nanti..!

Bila dr. masuk 'round' dia pun cakap benda yg sama pada saya dan papa sofi... kami pun bersetuju utk operate, lagi pun dah lama sangat baring, naik kebas b****t. Waalupun masa tu jantung abg pi masih elok kadar degupannya. Cuma takut infection sebab dah bocor lama sangat.

Sepatutnya saya masuk operation room jam 11.00++ malam, tapi ada satu kes transfer in dari hospital lain yg lebih serius, saya masuk O.R kalau tak silap dlm jam 12 tgh malam.

Abg pi lahir 12.38 malam@08.04.2007. Dapat rasa dan tengok macamana perut saya dirobek dan dikorek masa nak keluarkan abg pi.

Mengandung dan melahirkan Abg Pi memang mudah. Tak banyak ragam. Saya suka mengandungkan Muhammad Sofi. Ini lah Muhammad Sofi...

No comments:

Post a Comment